Motif pembunuhan pasangan kekasih terjawab

Mayat Hasyim dan kekasihnya, Devi ditemui dengan kesan peluru di sebuah hotel di Kota Kisaran, kelmarin.
Mayat Hasyim dan kekasihnya, Devi ditemui dengan kesan peluru di sebuah hotel di Kota Kisaran, kelmarin.
A
A
A

MEDAN - INDONESIA. Misteri pembunuhan sepasang kekasih yang mayat mereka ditemui dalam keadaan mengaibkan di bilik sebuah hotel di Sumatera Utara akhirnya terbongkar.

Polis mengesahkan ia adalah kejadian bunuh dan bunuh diri.

Jenayah itu berlaku di Kota Kisaran, Kabupaten Asahan, kelmarin.

Mangsa lelaki dikenal pasti sebagai Hasyim Prasetyo, 33, terlebih dahulu menembak bahagian belakang kepala kekasihnya, Devi Istiana, 23, sebelum bertindak membunuh diri menggunakan sepucuk pistol buatan sendiri.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Asahan, Asisten Komisioner Faisal Napitupulu.

"Kes ini sudah selesai. Suspek utama telah meninggal dunia.

"Gagal bertunang kerana hubungan tidak direstui keluarga perempuan adalah motif di sebalik pembunuhan ini.

"Perkara ini terbongkar selepas kami memeriksa perbualan terakhir mereka di aplikasi WhatsApp," kata Faisal.

Artikel Berkaitan:

Tambah Faisal, pasangan terbabit pernah bertunang sebelum ini namun terputus dipertengahan jalan akibat desakan keluarga perempuan.

"Akibat sakit hati, Hasyim mengajak Devi menginap di hotel pada Ahad.

"Dia mungkin sudah merancang pembunuhan tersebut," katanya.

Mayat Devi yang hanya memakai bra dan seluar dalam ditemui di bucu katil.

Pemeriksaan forensik turut menemui kesan air mani pada tubuhnya.

Sementara, mayat Hasyim terlentang di atas lantai tanpa seutus benang. - Tribunnews