6kg ginseng dari Hong Kong dirampas

Lelaki berusia 40-an ditahan bersama 6kg ginseng yang dihantar melalui pos dari Hong Kong pada minggu lalu.
Lelaki berusia 40-an ditahan bersama 6kg ginseng yang dihantar melalui pos dari Hong Kong pada minggu lalu.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas ginseng seberat enam kilogram (kg) yang dibawa masuk melalui pos dari Hong Kong hasil kerjasama dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia minggu lalu.

Dalam kejadian 10 pagi itu, Maqis Pulau Pinang menerima satu serahan keluar daripada kastam di Pejabat Pos Juru.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata, hasil pemeriksaan mendapati ia dialamatkan kepada seorang lelaki berusia 40-an dan dibawa masuk tanpa permit import (IP) daripada pihaknya.

Menurutnya, Maqis telah mengeluarkan kompaun RM1,000 ke atas lelaki tersebut kerana mengimport sesuatu tanpa dokumen sah.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

"Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zarina berkata, pihaknya optimis dan akan sentiasa mempertingkatkan kawalan serta menumpukan perhatian terhadap mana-mana konsainan yang tidak mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan: