79 rakyat Malaysia jadi keldai dadah diberkas di luar negara

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, dalam Sinar Live bertajuk Dadah: Masalah Tak Sudah hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, dalam Sinar Live bertajuk Dadah: Masalah Tak Sudah hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sejak Januari sehingga November tahun ini, seramai 79 warga Malaysia ditangkap di luar negara kerana menjadi keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, daripada jumlah itu seramai 62 lelaki dan 17 wanita ditahan di 12 negara.

"Setakat ini seramai enam orang telah dituduh di Singapura. Saya juga telah mengadakan Mesyuarat bersama Supreme’s Prosecutors Office Korea di Bukit Aman berkaitan 11 tangkapan warga tempatan di negara tersebut," katanya pada sesi Sinar Live bertajuk Dadah: Masalah Tak Sudah hari ini.

Mohd Khalil berkata, faktor yang mendorong mereka terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah antaranya faktor kewangan.

"Selain itu mereka juga terpengaruh dengan rakan atau sindiket yang memberi peluang pergi ke luar negara," katanya.

Artikel Berkaitan: