Skuad muda Kelantan United FC beraksi di Jepun

Rezal Zambery (kiri) bersama wakil dua pihak yang bekerjasama menghantar skuad muda ke kejohanan di Jepun.
Rezal Zambery (kiri) bersama wakil dua pihak yang bekerjasama menghantar skuad muda ke kejohanan di Jepun.
A
A
A

KELANTAN United FC dengan kerjasama ROHM-Wako Electronics (Malaysia) dan Hassan Hardware Ketereh akan menghantar skuad muda ke Kasaoka International U-16 Friendly Tournament di Jepun pada 4 November ini.

Kejohanan disertai skuad B-16 Kelantan United FC di bawah bimbingan Pengarah Pembangunan Akar Umbi Kelantan United FC, Rezal Zambery Yahya bakal beraksi dengan beberapa pasukan termasuk akademi kelab yang beraksi dalam saingan J2 League, Fagiano Okayama.

Dua lagi akademi yang sah menyertai kejohanan terbabit ialah Arcobaleno FC serta Jollity Kasaoka.

Menurut Rezal Zambery Yahya, pihaknya menghantar pasukan muda ke kejohanan itu bukan sekadar pendedahan di peringkat antarabangsa, malah misi serampang dua mata Sang Kijang Hijau untuk menjalin kerjasama dengan kelab yang bersaing dalam Liga Bola Sepak Jepun.

"Satu penghormatan buat Kelantan United FC kerana dijemput menyertai kejohanan persahabatan antarabangsa yang disertai beberapa akademi di Jepun.

"Penyertaan KUFC ke kejohanan Kasaoka International U-16 Friendly Tournament akan memberi peluang kepada pemain muda akademi kami untuk lebih berkembang dalam karier mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, para pemain akan berpeluang memperagakan aksi dan mempamerkan bakat mereka di peringkat yang lebih berprestij.

“Siapa tahu bakat mereka kemungkinan dapat menarik minat kelab di luar negara.

Artikel Berkaitan:

"Pendedahan sebegini adalah salah satu langkah masa depan Kelantan United FC untuk membangunkan sukan bola sepak Kelantan dan Malaysia khususnya dari akar umbi," katanya.