Serangan dron: Lapangan terbang di Moscow ditutup

Blok pejabat Pusat Perniagaan Antarabangsa Moscow (Moskva City) yang rosak berikutan serangan dron yang dilaporkan di Moscow pada Ahad. - Foto AFP
Blok pejabat Pusat Perniagaan Antarabangsa Moscow (Moskva City) yang rosak berikutan serangan dron yang dilaporkan di Moscow pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

BERLIN - Dua dron ditembak jatuh awal Ahad di Moscow, menurut pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan.

"Dron Ukraine menyerang malam ini," menurut Datuk Bandar Moscow, Sergey Sobyanin dalam hantarannya di Telegram.

Bahagian hadapan dua bangunan pejabat rosak sedikit, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, lapor Agensi Berita dpa.

Menurut TASS, lapangan terbang Vnukovo di Moscow ditutup dan penerbangan dilencongkan.

Operasi di lapangan terbang lain di wilayah itu berjalan seperti biasa.

Moscow menjadi sasaran beberapa serangan dron susulan pencerobohannya ke atas negara jiran, Ukraine yang dilancarkan pada Februari 2022.

Ibu negara Rusia itu juga berulang kali menyasarkan Ukraine dengan dron, peluru berpandu dan peluru berpandu cruise, menyebabkan kematian dan kerosakan besar di Kiev dan bandar-bandar lain. - Bernama/dpa