Kerajaan negeri bina 1,453 unit rumah mampu milik sejak 2019

Simbolik penyerahan kunci RMMK daripada Mohd Nassuruddin (dua dari kiri) kepada pembeli, Marzuki Halim (dua dari kanan).
Simbolik penyerahan kunci RMMK daripada Mohd Nassuruddin (dua dari kiri) kepada pembeli, Marzuki Halim (dua dari kanan).
A
A
A

PASIR MAS - Sebanyak 1,453 unit Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) telah dibina oleh Kerajaan Kelantan sejak tahun 2019 manakala 334 unit lagi masih dalam pembinaan bagi membantu menyediakan kediaman yang selesa kepada B40 dan asnaf di negeri ini.

Projek pembangunan itu dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di bawah PMBK Development yang dikhaskan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri juga dalam perancangan untuk menyediakan 308 unit RMMK lagi dalam tempoh lima tahun.

“Bertepatan dengan maksud Kelantan Darulnaim iaitu negeri yang menenangkan, kerajaan negeri komited menyediakan RMMK di seluruh Kelantan dan sehingga kini sebanyak 1,453 unit sudah siap, 334 dalam pembinaan dan 308 lagi akan dibina sepanjanh lima tahun akan datang.

“RMMK memberikan keutamaan bukan sahaja kepada golongan kurang mampu tetapi juga kepada ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci RMMK di Taman Kebun Raja, Meranti di sini pada Isnin.

Mohd Nassuruddin (dua dari kiri) dan diiringi Hilmi (kiri) duduk dan melihat keadaan dalaman RMMK di Meranti, Pasir Mas.
Mohd Nassuruddin (dua dari kiri) dan diiringi Hilmi (kiri) duduk dan melihat keadaan dalaman RMMK di Meranti, Pasir Mas.

Turut hadir Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah juga Ahli Dewan Undangan Negeri Guchil.

Mohd Nassuruddin berkata, kerajaan juga memperkenalkan Program Kenang Budi bagi membantu ibu bapa memiliki rumah yang lebih selesa sekurang-kurangnya tiga bilik.

Artikel Berkaitan:

Katanya, program tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penting menghargai jasa ibu bapa melalui kaedah milikan yang dipermudahkan.

“Selain itu, bagi permohonan pembelian RMMK yang tidak melepasi pembiayaan bank boleh membuat permohonan penolakkan separuh kepada pasangan atau anak.

“Kemudahan ini akan membantu menyelesaikan masalah pembiayaan atau pinjaman yang agak sukar diluluskan oleh pihak bank,” ujar Mohd Nassuruddin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi memastikan projek RMMK dapat diteruskan dengan peruntukan mencukupi, kerajaan negeri mengambil langkah wajar dengan menubuhkan Tabung Amanah Perumahan Negeri bermula pada 2019 di bawah pengurusan Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Mohd Nassuruddin (tengah) menurunkan tandatangan ke atas plak bagi simbolik perasmian dan penyerahan kunci RMMK di Meranti, Pasir Mas pada Isnin.
Mohd Nassuruddin (tengah) menurunkan tandatangan ke atas plak bagi simbolik perasmian dan penyerahan kunci RMMK di Meranti, Pasir Mas pada Isnin.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus menjayakan misi menyediakan dan membina RMMK termasuk yang terbaharu siap di Meranti di sini yang terdiri daripada 59 unit rumah teres setingkat dan enam unit kedai dalam pembinaan.

Tambah beliau, bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk membeli rumah bagi projek ini, Kerajaan Kelantan menanggung sebahagian kos pembinaan dalam bentuk subsidi kepada para pembeli sekitar RM50,000 seunit.

“Harga mampu milik yang ditawarkan sebuah RMMK di Meranti ini ialah RM85,000 untuk keluasan 74.3 meter persegi dan RM130,000 bagi 78.9 meter persegi.

“Ini bermaksud, nilai sebenar rumah-rumah yang dibeli tersebut ialah di bawah harga pasaran semasa dan jumlah subsidi keseluruhan dianggarkan diberikan kepada projek ini berjumlah RM4 juta tidak termasuk harga tanah dan nilai tanah sebenar,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!