X

Kindly register in order to view this article
!

Israel perluas zon tangkap ikan di Genting Gaza

Gambar Hiasan.
A
A

GENTING GAZA - Zon tangkapan ikan di Genting Gaza telah diperluaskan kembali kepada 15 batu nautika pada pagi tadi, menurut pihak berkuasa Israel.

Pengumuman itu turut disahkan Kesatuan Nelayan Palestin yang memaklumkan langkah tersebut akan berkuatkuasa pada jam 8 pagi (waktu tempatan).

COGAT sebuah unit di Kementerian Pertahanan Israel bertindak mengehadkan zon tangkapan ikan di pantai wilayah itu kepada 10 batu nautika pada Khamis lalu susulan bedilan roket dari Semenanjung Gaza.

Sejak 2007, wilayah Gaza yang ditadbir Hamas terus berdepan kepungan haram Israel hingga memberi kesan besar kepada kehidupan seharian penduduk Palestin. - AFP