Spurs lega, peminat boleh 'bermimpi'

Heung-Min - Foto: AFP
Heung-Min - Foto: AFP
A
A
A

JURULATIH Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou boleh menarik nafas lega setelah pasukannya menerajui carta Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi perbezaan lima mata dengan juara bertahan, Manchester City.

Spurs memperoleh tiga mata berharga setelah membenam Crystal Palace 2-1 di laman lawan awal pagi Sabtu.

Namun kejayaan itu enggan dirai terlalu awal kerana perjalanan Spurs masih panjang dan cabaran di depan lebih besar buat mereka.

Postecoglou bagaimanapun menyerahkan kepada para peminat untuk bermimpi kerana sudah lama mereka menanti detik itu.

“Menuju (perjalanan) kejuaraan masih jauh dan dengan cabaran dalam bola sepak Eropah mungkin akan melemahkan tenaga mereka dan menjadi penghalang buat City.

“Biarkan mereka bermimpi, itulah yang penyokong bola sepak lakukan kerana sudah banyak yang mereka lalui,” kata Postecoglou.

Pengendali dari Australia itu sudah mengumpul 26 mata daripada 10 aksinya sebagai pengurus, pencapaian terbaik bagi mana-mana pengurus baharu dalam sejarah EPL.

Dalam aksi itu, Spurs terlebih dahulu di depan menerusi gol sendiri pemain lawan, Joel Ward pada minit ke-53, sebelum Son Heung-min membolehkan Spurs meraih kemenangan.

Artikel Berkaitan:

Jordan Ayew menjaringkan gol pada masa kecederaan tetapi sudah terlewat buat Eagles.

Spurs kini mengutip 26 mata lima mata di depan City yang akan berkunjung ke Old Trafford menentang Manchester United malam Ahad.