Lelaki warga Myanmar maut lori jatuh gaung

Lelaki warga Myanmar maut selepas lori dipandunya terjunam ke dalam gaung di kawasan pembalakan Hutan Simpan Jelai dekat Sungai Koyan pada Sabtu. - Foto: Ihsan PDRM
Lelaki warga Myanmar maut selepas lori dipandunya terjunam ke dalam gaung di kawasan pembalakan Hutan Simpan Jelai dekat Sungai Koyan pada Sabtu. - Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

LIPIS - Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas lori yang dipandunya terjunam ke dalam gaung kira-kira 20 meter di kawasan pembalakan Hutan Simpan Jelai dekat Sungai Koyan di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dikenali Along berusia 40-an meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.30 petang.

"Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal kenderaan.

"Semasa mangsa sedang memandu lori yang membawa muatan kayu balak dan sedang melalui selekoh serta menuruni bukit, lori tersebut telah gagal dikendali oleh mangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Azli berkata, situasi itu menyebabkan lori jenis Volvo itu terbabas ke arah kanan jalan dan telah terjunam ke dalam gaung.

Tambah beliau, akibat kemalangan itu mangsa tersepit di bahagian pintu hadapan sebelah pemandu dan mengalami cedera parah.

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: