Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga

Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga daripada kedudukan ke-134 ke-137 dunia.
Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga daripada kedudukan ke-134 ke-137 dunia.
A
A
A

SKUAD Harimau Malaya mengalami kejatuhan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) buat kali pertama dalam tempoh 14 bulan.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon itu jatuh tiga anak tangga daripada ranking ke-134 kepada kedudukan ke-137 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu FIFA pada Khamis.

Malaysia memungut 1.82 pada kemas kini kali ini sekali gus membawa kepada pungutan 1096.72 mata berbanding 1094.9 mata pada kemas kini 21 September lalu.

Kejatuhan itu susulan pengiraan keputusan di Pestabola Merdeka yang menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan India 4-2 sebelum tewas kepada Tajikistan 0-2 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain itu, beberapa negara seperti Lithuania dan Nicaragua berjaya mendapatkan mata yang banyak dalam aksi antarabangsa kali ini sekali gus berjaya memintas Harimau Malaya.

Kali terakhir ranking skuad Harimau Malaya jatuh adalah pada kemas kini 25 Ogos 2022 di kedudukan ke-148 dunia sebelum mengalami peningkatan mendadak ke kedudukan ke-134 dunia pada kemas kini 21 September lalu.

Selepas ini, skuad negara akan berdepan pasukan di ranking ke-97 dunia, Kyrgyzstan dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 16 November sebelum bertemu Taiwan lima hari selepas itu.

Kemudian, mereka akan meneruskan cabaran getir di Piala Asia pada Januari tahun depan apabila diundi bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E.

Artikel Berkaitan: