Tiga maut, seorang parah nahas dua kenderaan

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam satu kemalangan maut di Jalan Kuala Kubu Bharu Rawang-Bukit Beruntung, Serendah, Selangor pada Khamis.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam satu kemalangan maut di Jalan Kuala Kubu Bharu Rawang-Bukit Beruntung, Serendah, Selangor pada Khamis.
A
A
A

SERENDAH - Tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kuala Kubu Bharu Rawang-Bukit Beruntung berhampiran Serendah Golf Resort, di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.06 pagi.

Katanya, sepasukan 11 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dengan bantuan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

No Image Caption

"Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Toyota Avanza dan Perodua Axia yang membabitkan empat orang warga tempatan.

"Lelaki yang menaiki Toyota Avanza maut, manakala seorang wanita parah.

"Sementara seorang lelaki dan wanita yang menaiki Perodua Axia meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Ahmad Mukhlis, mangsa yang cedera parah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Semasa tiba di tempat kejadian, anggota bomba berusaha mengeluarkan tiga mangsa," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!