Piala AFC: Rekod tanpa kalah Sabah lebur di Hai Phong

Tonggak Sabah, Ko Kwang-min ketika cuba meloloskan diri dari kawalan pemain Hai Phong FC dalam aksi Kumpulan H Piala AFC di Stadium Lach Tray, Hai Phong pada Rabu. - Foto AFC Cup
Tonggak Sabah, Ko Kwang-min ketika cuba meloloskan diri dari kawalan pemain Hai Phong FC dalam aksi Kumpulan H Piala AFC di Stadium Lach Tray, Hai Phong pada Rabu. - Foto AFC Cup
A
A
A

REKOD tanpa kalah Sabah FC dalam saingan Piala AFC lebur apabila dijinakkan kelab Vietnam, Hai Phong FC, 2-3 dalam aksi Kumpulan H di Stadium Lach Tray, Hai Phong pada Rabu.

Tampil garang dengan misi melebarkan rentak kemenangan selepas permulaan sempurna dalam dua perlawanan awal menang Hougang United (3-1) dan PSM Makassar (5-0).

Bagaimanapun, dua gol awal Hai Phong dijelmakan Nguyen Huu Son (m-14) dan Dam Tien Dung (m-18) menyaksikan The Rhinos ketinggalan separuh masa pertama.

Separuh masa kedua The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee kembali menyaingi Hai Phong yang sebelum ini meraih satu kemenangan dan satu kekalahan dari dua perlawanan.

Hasilnya pasukan pelawat berjaya menjelmakan gol hasil percubaan Ramon Machado pada minit ke-71 bagi menghidupkan semula permainan.

Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Tien Dung sekali lagi menjadi duri dalam daging Sabah dengan jaringan ketiga Hai Phong pada minit ke-72.

Sabah yang tidak mengalah berusaha kembali dalam permainan merapatkan kedudukan hasil jaringan pemain gantian, Gary Steven Robbat pada minit ke-80.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!