Pekerja kilang maut kereta bertembung

Kenderaan mangsa dilaporkan bertembung dengan sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan.
Kenderaan mangsa dilaporkan bertembung dengan sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan.
A
A
A

GURUN - Seorang pekerja kilang maut selepas kereta dipandunya dilanggar sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan di Jalan Guar Nenas di sini kira-kira 8.05 pagi Rabu.

Mangsa, Fatin Nadiatul Ain Izahar, 23, yang beralamat dari Kampung Kuala Dulang Kechil, Yan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan dalaman badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa dilanggar sebuah kereta lain yang juga dipandu seorang wanita.

"Mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman badan dan kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan di bahagian pinggang sebelah kanan," katanya.

Jelas Zaidy, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kereta yang dipandu mangsa dipercayai bergerak dari arah Guar Nenas bertembung dengan sebuah kereta lain yang bergerak dari arah Gurun sebelum masuk ke laluan bertentangan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, sepasukan anggota dari BBP Guar Chempedak tiba di lokasi bersama lapan anggota sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Setibanya di lokasi didapati, mangsa dipercayai tersepit dan anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Operasi dilaporkan tamat pada jam 9.29 pagi setelah mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.