Warga emas maut kereta dilanggar lori tangki

Seorang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori tangki di Kilometer 3 Jalan Mersing-Endau, Mersing, pada Khamis.
Seorang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori tangki di Kilometer 3 Jalan Mersing-Endau, Mersing, pada Khamis.
A
A
A

MERSING - Seorang warga emas maut selepas kereta dipandu dilanggar lori tangki di Kilometer 3 Jalan Mersing-Endau di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut pada jam 3.30 petang.

"Mangsa, Esa Markam yang berusia 61 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki dari arah Mersing dipandu seorang lelaki tempatan umur 38 tahun melanggar Proton Waja dipandu mangsa yang keluar simpang di sebelah kiri dan masuk ke laluan lori secara tiba-tiba.

"Akibat kejadian itu mangsa yang alami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di lokasi manakala pemandu lori tidak cedera," katanya ketika dihubungi.

Beliau memberitahu, kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Anuar Hussine berkata, seramai enam anggota bomba dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Operasi ditamatkan jam 3.23 petang.