Bukan nak runtuh...

Gambar bangunan yang didakwa akan runtuh tular di media sosial.
Gambar bangunan yang didakwa akan runtuh tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Conlay, Kuala Lumpur yang kelihatan condong bukan menandakan akan runtuh sebaliknya ia adalah reka bentuk unik bangunan itu.

Gambar projek pembinaan 8 Conlay itu yang kelihatan condong menjadi tular di media sosial dengan kapsyen mendakwa bangunan tersebut akan runtuh.

Gara-gara gambar tersebut telah mencetuskan kebimbangan orang ramai untuk tidak melalui kawasan berhampiran dengan pusat membeli-belah, Pavilion itu.

Menerusi satu kenyataan oleh pemajunya, KSK Land berkata, ia adalah reka bentuk bangunan berkenaan yang menjadikannya kelihatan seperti itu.

Gambar risalah bangunan menunjukkan bahagian lengkung itu merupakan sebahagian daripada reka bentuknya.
Gambar risalah bangunan menunjukkan bahagian lengkung itu merupakan sebahagian daripada reka bentuknya.

“Dirancang oleh RSP Architects KL, 8 Conlay mempunyai salah satu menara kediaman berkembar tertinggi di dunia yang dipanggil YOO8.

“Bergantung kepada sudut, reka bentuk unik menara itu akan kelihatan seolah-olah condong,” kata kenyataan itu yang dipetik menerusi The Star.

Menurut pemaju, soal keselamatan menjadi keutamaan dalam pembinaan projek tersebut.

Artikel Berkaitan: