'Kami sedia maafkan KWSP'

Nasib dialami keluarga dan pesakit kanser itu tular di media sosial.
Nasib dialami keluarga dan pesakit kanser itu tular di media sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - "Kami sedia memaafkan" kata Nur Shiela Abdullah, adik kepada pesakit kanser tahap empat yang terpaksa dibawa ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan ambulans dan diusung menggunakan katil untuk urusan pengeluaran wang caruman.

Nur Shiela berkata, dia berharap apa yang berlaku ke atas kakaknya itu tidak berulang kepada orang lain yang mahu berurusan dengan KWSP.

"KWSP harus melakukan sesuatu berkaitan isu ini dan mendidik kakitangan mereka supaya lebih berperikemanusiaan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak berkesempatan bertemu wakil KWSP yang hadir melawat kakaknya pagi semalam kerana menemani ibunya ke klinik.

"Ya, benar wakil mereka (KWSP) ada melawat kakak saya pagi semalam, namun ketika itu saya berada di luar rumah.

"Apa yang saya dimaklumkan pihak mereka ingin berjumpa dan bersemuka dengan saya. Mereka mungkin ingin membuat perbincangan selanjutnya,” katanya.

Semalam, KWSP tampil memohon maaf kepada keluarga dan pesakit kanser berusia 56 tahun yang terpaksa diusung menggunakan katil untuk ke pejabat KWSP di Johor Bahru bagi mengeluarkan wang caruman.

ARTIKEL BERKAITAN KWSP mohon maaf kepada keluarga, pesakit kanser

Artikel Berkaitan: