Pengerusi Everton FC meninggal dunia pada usia 78 tahun

Bill Kenwright
Bill Kenwright
A
A
A

PENGERUSI Everton FC, Bill Kenwright meninggal dunia pada usia 78 tahun, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Selasa.

Kenwright, yang merupakan pengerusi paling lama berkhidmat bersama The Toffees di Goodison Park selama lebih satu abad, menggantikan Philip Carter pada 2004.

"Kenwright meninggal dunia pada malam Isnin, dikelilingi oleh keluarga dan orang tersayang.

"Kelab ini telah kehilangan seorang pengerusi, seorang pemimpin, seorang kawan dan seorang inspirasi," kata kenyataan kelab itu.

Bekas tonggak Everton, Wayne Rooney yang kini memimpin kelab Liga Kejuaraan, Birmingham City FC berkata, hatinya hancur mendengar berita pemergian Kenwright.

"Bill yang saya kenali sejak muda mempunyai impak yang besar kepada saya sebagai seorang individu dan kerjaya.

"Lelaki yang hebat dan inspirasi yang besar. Ingatan bersama semua keluarga dan rakan Bill," katanya.

Dalam 19 musim Kenwright sebagai pengerusi, Everton FC memperoleh 12 tempat lapan teratas, termasuk tempat keempat pada 2005

Artikel Berkaitan:

The Toffees juga mara ke perlawanan akhir Piala FA 2009 dan layak ke kejuaraan Eropah sebanyak enam kali.

Kelab kendalian Sean Dyche yang kini menduduki tangga 16 liga - dua menang, satu seri, enam tewas - akan bertandang ke Stadium London berdepan West Ham United pada 29 Oktober.

Kelab Merseyside itu kemudiannya akan menyingkap tirai Pusingan 16 Piala Liga menanti Burnley di Goodison Park pada 2 November.