Kessie sertai kelab Liga Pro Saudi

Kessie Foto: Agensi
Kessie Foto: Agensi
A
A
A

PEMAIN Barcelona, Franck Kessie menjadi pemain terbaharu memeriahkan Liga Pro Saudi apabila menyertai Al-Ahli, umum kelab La Liga itu pada Khamis.

Al-Ahli akan membayar 12.5 juta euro untuk khidmat pemain berusia 26 tahun itu yang telah menyertai Barca dari AC Milan pada 2022.

Pemain tengah Ivory Coast itu bagaimanapun sebelum ini bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama skuad Xavi.

Sebagai rekod, Kessie menjadi pemain kelima yang berpangkalan di Eropah menyertai Al-Ahli, yang kembali ke liga Pro selepas semusim di Divisyen Kedua, selepas Riyad Mahrez, Roberto Firmino, penjaga gol Edouard Mendy dan Alain Saint-Maximin.

Al-Ahli juga telah melantik Matthias Jaissle sebagai pengurus dengan kontrak tiga tahun selepas Red Bull Salzburg memecat jurulatih kelahiran Jerman itu.

Sebelum ini Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF) mengumumkan Projek Pelaburan dan Penswastaan Kelab Sukan yang melibatkan Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr dan Al-Hilal dengan memiliki 75 peratus setiap kelab

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!