Kerajaan disaran wujudkan Kementerian Anti Rasuah

Gambar hiasan. Gambar kecil: Helmi Ibrahim
Gambar hiasan. Gambar kecil: Helmi Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran mewujudkan Kementerian Anti Rasuah bagi mengekang jenayah itu yang didapati semakin berleluasa.

Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal (MEH), Dr Helmi Ibrahim berkata, cadangan itu juga mencerminkan manifestasi iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memerangi rasuah.

“Fenomena lesen terbang misalnya, boleh memberikan kemudaratan kepada masyarakat.

"Mereka ini tidak layak memandu, sekali gus boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Rasuah Busters Selangor.

Tambah Helmi, penglibatan golongan belia dalam rasuah juga menunjukkan trend yang membimbangkan.

Artikel Berkaitan: