China pecat Menteri Pertahanan, singkir bekas Menteri Luar

Li Shangfu (kiri) dan Qin Gang (kanan). Foto AFP
Li Shangfu (kiri) dan Qin Gang (kanan). Foto AFP
A
A
A

BEIJING - China pada Selasa memecat menteri pertahanan Li Shangfu dan menggulingkan bekas Menteri Luar, Qin Gang daripada kabinetnya, lapor media kerajaan, sebagai sebahagian daripada rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya.

Li dipecat sebagai ahli majlis negara, manakala Qin dilucutkan daripada jawatan ahli majlis negerinya.

Menurut saluran televisyen CCTV, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, meluluskan penyingkiran kedua-dua pemimpin itu tanpa memberikan sebarang penjelasan.

Pengganti Li yang sudah beberapa bulan tidak dilihat di khalayak ramai juga tidak diumumkan.

Pengumuman yang dibuat hari ini, hadir selepas spekulasi berbulan-bulan mengenai kabinet China, selepas Qin disingkirkan secara tiba-tiba daripada jawatan pada Julai lalu tanpa sebarang penjelasan.

Kemudian pada bulan itu China mengumumkan bahawa bekas komander tentera laut, Wang Houbin akan mengambil alih sebagai ketua baru Pasukan Roket tentera China, apabila laporan media mendakwa mengenai siasatan rasuah. - AFP

Artikel Berkaitan: