Perang baru saja bermula, kata Menteri Pertahanan Israel

Yoav Gallant - Foto Reuters
Yoav Gallant - Foto Reuters
A
A
A

MENTERI Pertahanan Israel, Yoav Gallant memberitahu pasukan pertahanan negara itu bahawa Israel perlu memusnahkan pasukan pejuang Hamas dan mengingatkan perang masih dalam peringkat awal, lapor CNN.

"Bersedia untuk tugasan akan datang, perang baru sahaja bermula. Malang sekali, kita terpaksa melakukannya," kata Gallant.

"Lakukan persediaan rapi dan sentiasa bersedia baik dari segi fizikal dan mental, dengan kelengkapan dan peralatan.

"Kita akan ke medan perang dan akan memusnahkan Hamas. Secara literal.

"Jika sebaliknya, kita tidak boleh berada di sini," tambahnya.

Kenyataan Gallant itu dibuat semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Sayeret Matkal, unit komando elit tentera Israel pada Selasa. - Agensi/ Awani

Artikel Berkaitan: