Legenda bola sepak negara, Harun Jusoh meninggal dunia

Foto Facebook FAM
Foto Facebook FAM
A
A
A

LEGENDA bola sepak negara yang pernah membarisi skuad Olimpik Munich 1972, Harun usoh, 75, meninggal dunia kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Che Kundur, Batu Burok, di sini selepas lima tahun terlantar menderita sakit radang sendi.

Menurut isteri Allahyarham Harun, Sharifah Azizah Syed Omar, 72, arwah suaminya sebelum ini menghidap sakit saraf selepas bersara daripada bola sepak tetapi masih boleh bergerak dan bekerja.

Bagaimanapun, katanya, kesihatan arwah semakin merosot selepas menghidap penyakit radang sendi sejak 2018 dan hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas bagi kelangsungan hidup.

"Sebelum menghembuskan nafas terakhir, saya bersama empat anak berada di sisi arwah. Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya ketika dihubungi.

Sharifah Azizah berkata jenazah suaminya akan disembahyangkan di Masjid Batu Burok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Atas Gong, Baru Burok, di sini malam ini.

Sepanjang kariernya, bekas pemain sayap kiri Malaysia dan Terengganu era 70-an itu pernah beraksi bersama-sama pemain legenda negara termasuk Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun, Allahyarham Ali Bakar dan mendiang Datuk R. Arumugam. - Bernama

Artikel Berkaitan: