35 bas dibakar kumpulan penjenayah

Antara bas yang dibakar kumpulan penjenayah di Rio de Janeiro. - Foto REUTERS
Antara bas yang dibakar kumpulan penjenayah di Rio de Janeiro. - Foto REUTERS
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Sebanyak 35 bas di brazil dibakar sekumpulan penjenayah sebagai tanda protes pembunuhan ketua kumpulan mereka oleh polis dalam satu operasi.

Serangan tersebut tertumpu di barat bandar Rio de Janeiro, di mana beberapa kumpulan penjenayah bersaing untuk mengawal kawasan masing masing.

Menurut pihak berkuasa, kumpulan berkenaan, yang dinamakan Militia Rio, terdiri daripada bekas pegawai polis menyebabkan ia merupakan ancaman keselamatan terbesar di rantau itu ketika ini.

Pada asalnya kumpulan itu ditubuhkan sebagai pasukan untuk mempertahan kawasan kejiranan miskin yang terjejas disebabkan kumpulan dadah.

Kini matlamat kumpulan itu telah berubah, seterusnya menjadi kumpulan yang beroperasi dalam pelbagai jenis jenayah.

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan, 20 daripada bas yang dibakar merupakan bas bandar, lima daripadanya merupakan bas transit antara bandar itu dan selebihnya merupakan bas persendirian untuk sewaan dan pelancongan. - Awani

Artikel Berkaitan: