Bolivia sertai Kumpulan Lima jauhi Venezuela

Jeanine Anez. - Foto: Agensi
Jeanine Anez. - Foto: Agensi
A
A
A

MEXICO CITY - Selepas peletakan jawatan Presiden Evo Morales, Bolivia bakal membuat pusingan u-turn terhadap hubungan eratnya dengan Venezuela.

Bagi melaksanakan tujuan itu, kerajaan peralihan Bolivia telah menyertai Kumpulan Lima, badan multilateral dianggotai 12 negara yang berusaha mencari penyelesaian serantau untuk krisis di negara Amerika Latin itu.

Sejak pemecatan Morales, Presiden sementara Jeanine Anez telah mengambil langkah untuk beralih daripada bekas pakatan tersebut.

Anez mengumumkan semua diplomat dari Venezuela akan meninggalkan Bolivia kerana didakwa campur tangan dalam isu domestik.

Beliau turut memaklumkan negaranya merancang untuk meninggalkan gabungan ALBA-TCP, sebuah organisasi antara kerajaan yang diasaskan oleh Cuba dan Venezuela.

Ketika di bawah pemerintahan Morales, Bolivia merupakan salah satu sekutu Presiden Nicolas Maduro paling dekat, namun Kumpulan Lima menganggap kerajaan Maduro tidak sah.

Ketika ini, Venezuela berada di ambang perebutan kuasa ganas antara kerajaan Maduro dengan pembangkang yang diketuai Juan Guaido. - Agensi

Artikel Berkaitan: