Pupuk beri kesedaran masyarakat patuh Rukun Negara

Bengkel Memupuk Nilai Nasional Dalam Transformasi Positif Negara.
Bengkel Memupuk Nilai Nasional Dalam Transformasi Positif Negara.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bengkel ‘Memupuk Nilai Nasional Dalam Transformasi Positif Negara’ yang dianjurkan Persatuan Usahasama Perkembangan Ukhuwah (Pupuk) bertujuan memberi kesedaran menjadikan Rukun Negara sebagai amalan kehidupan harian kepada masyarakat.

Presiden Pupuk, Asohan Satkunasingham berkata, jika rakyat memahami konsep dan faham akan prinsip berkenaan, ia tidak akan mampu menggugat keharmonian walaupun pentadbiran negara bersilih ganti.

“Dalam sesi yang disampaikan oleh bekas Menteri Pendidikan Bhutan, Profesor Thakur S Powdyel bertajuk Kehidupan Bagi Sebuah Negara turut menekankan tentang keperluan rakyat mendalami cara memulakan kehidupan dengan prinsip berkenaan.

“Beliau juga menyentuh tentang keperluan untuk memperhebatkan lagi prinsip Rukun Negara, bukan sahaja dengan menggunakan slogan baharu bagi memelihara keharmonian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Bengkel anjuran Pupuk dan Kementerian Perpaduan Negara itu berlangsung di Kolej Universiti Sedaya Antarabangsa (UCSI), Kuala Lumpur pada Sabtu.

Bengkel anjuran Pupuk dan Kementerian Perpaduan Negara itu berlangsung di Kolej Universiti Sedaya Antarabangsa (UCSI), Kuala Lumpur pada Sabtu dan turut dihadiri Ahli Kaunsel persatuan itu, Profesor Emeritus Ir Dr Azraai Kassim.

Peserta yang menyertai bengkel Memupuk Nilai Nasional Dalam Transformasi Positif Negara.
Peserta yang menyertai bengkel Memupuk Nilai Nasional Dalam Transformasi Positif Negara.

Artikel Berkaitan:

Program itu disertai pelajar dan kakitangan daripada 16 sektor berlainan termasuk pendidikan, psikologi serta syarikat industri swasta dan dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.

“Pembukaan awal bengkel ini dimulakan dengan ucapan oleh Ahli Majlis Universiti UCSI, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman yang menyatakan usaha Pupuk selaras dengan kempen dijalankan di institusinya iaitu Kampus Harmoni Mesra.

“Ketika program itu berlangsung, Pupuk memberikan beberapa soalan kepada peserta untuk melihat sendiri bagaimana Rukun Negara boleh menjurus ke arah yang lebih baik.

“Satu cadangan telah dikemukakan oleh peserta iaitu Rukun Negara sepatutnya menjadi dukungan kepada rakyat supaya dapat memainkan peranan kepada negara dan kerajaan perlu menyambut serta menyokong tindakan itu,” ujarnya.