50 tan barangan bantuan dihantar ke Palestin Jumaat ini

Mohd Na'im bersama NGO yang terlibat dalam Ops Ihsan.
Mohd Na'im bersama NGO yang terlibat dalam Ops Ihsan.
A
A
A

SEPANG - Sebanyak 50 tan barangan bantuan kemanusiaan serta ubat-ubatan bernilai RM7 juta akan dihantar ke Palestin selewat-lewatnya Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na'im Mokhtar berkata, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Global Peace Mission (GPM) akan menyelaras penghantaran sumbangan berkenaan menerusi Ops Ihsan.

"Sumbangan ini sedang menunggu kebenaran daripada kerajaan Mesir dan sekiranya tiada sebarang halangan, barangan akan dihantar ke sana melalui pintu sempadan Rafah.

"Agensi di bawah kementerian saya antaranya Yapiem (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia), MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan), Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Tabung Haji turut menyalurkan sumbangan dan diharap ia sampai untuk dimanfaatkan oleh mereka di sana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat pusat pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan di gudang Mapim, Bandar Serenia pada Isnin.

Mohd Na'im (dua DARI kanan) menyerahkan sumbangan wang tunai daripada Tabung Haji kepada Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr Ahmad Sany Araby (tengah) ketika melawat pusat pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan di gudang Mapim, Bandar Serenia pada Isnin.
Mohd Na'im (dua DARI kanan) menyerahkan sumbangan wang tunai daripada Tabung Haji kepada Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr Ahmad Sany Araby (tengah) ketika melawat pusat pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan di gudang Mapim, Bandar Serenia pada Isnin.

Dalam pada itu beliu memaklumkan, Tabung Haji turut menyalurkan sumbangan tunai berjumlah RM100,000 bagi keperluan peralatan kesihatan dan perubatan untuk rakyat di Palestin.

"Saya yakin NGO yang terlibat dalam Ops Ihsan akan sampaikan sumbangan ini kepada saudara kita yang berada di Gaza kelak.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH semoga dengan usaha yang dilakukan ini mendapat ganjaran besar daripada ALLAH SWT," ujarnya.

Sementara itu Mohd Na'im turut memberi peringatan agar tidak ada pihak yang mengambil kesempatan melakukan kutipan awam menggunakan konflik Israel-Palestin untuk kepentingan peribadi.

Beliau menegaskan, menjadi kesalahan dan haram untuk mana-mana pihak memanipulasi kesusahan dan kesukaran orang lain kerana rakyat Malaysia terkenal dengan sifat dermawan.

"Saya beri nasihat ini berdasarkan amaran ALLAH SWT yang melarang kita mengambil harta-harta orang lain secara batil.

"Kita bimbang ada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang untuk membuka apa sahaja tabung, kemudiannya guna untuk kepentingan diri.

"Sedangkan mereka di sana berhadapan dengan kesusahan, kesukaran, menunggu bantuan daripada kita," ujarnya.