Tengku Hassanal dilantik Pro-Canselor UMPSA

Al-Sultan Abdullah mengurniakan watikah pemasyhuran Pro-Canselor kepada Tengku Hassanal pada Majlis Konvokesyen ke-18 UMPSA di kompleks sukan UMPSA Kampus Gambang, Kuantan pada Sabtu.
Al-Sultan Abdullah mengurniakan watikah pemasyhuran Pro-Canselor kepada Tengku Hassanal pada Majlis Konvokesyen ke-18 UMPSA di kompleks sukan UMPSA Kampus Gambang, Kuantan pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Pengurniaan watikah pemasyhuran itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah pada Majlis Konvokesyen ke-18 UMPSA di Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang di sini pada Sabtu.

Baginda bertitah, pemasyhuran Tengku Hassanal diharap akan membawa dimensi baharu kepada UMPSA.

"Izinkan beta memulakan bicara dengan merakamkan ucapan tahniah kepada paduka anakanda, Pemangku Raja Pahang di atas pemasyhuran sebagai Pro-Canselor UMPSA.

“Semoga dengan pemasyhuran ini akan membawa dimensi dan idea baharu bagi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah untuk terus dimartabatkan sebagai institusi pengajian tinggi awam yang unggul di negara,” titah baginda.

Sebelum itu, Al-Sultan Abdullah telah menyempurnakan istiadat pemasyhuran UMPSA dan baginda turut menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Profesor Datuk Ts Mortaza Mohamed.

Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan rasa sukacita di atas pemasyhuran Universiti Malaysia Pahang kepada UMPSA.

“Pada hari ini setelah menempuh 21 tahun bermula dari penubuhannya, sejarah baharu telah tercipta apabila UMP (Universiti Malaysia Pahang) secara rasminya dimasyhurkan dengan nama UMPSA," titah baginda.

Artikel Berkaitan: