Putera Mahkota UAE adakan mesyuarat dengan Tengku Hassanal

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan (kanan) mengadakan pertemuan dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sempena lawatan Putera Diraja Malaysia itu awal minggu ini.
Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan (kanan) mengadakan pertemuan dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sempena lawatan Putera Diraja Malaysia itu awal minggu ini.
A
A
A
ABU DHABI - Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengadakan pertemuan dengan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena lawatan Putera Diraja Malaysia itu awal minggu ini.

Pada mesyuarat di pejabatnya pada Isnin, Sheikh Khaled yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi dan Tengku Hassanal membincangkan hubungan rapat UAE dan Malaysia, serta peluang untuk kerjasama merentasi bidang kepentingan bersama untuk rakyat kedua-dua negara, menurut Agensi Berita Emirates (WAM).

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung Majlis Eksekutif, Abu Dhabi Saif Saeed Ghobash dan Mansour Al Dhaheri.

Mei lepas, Sheikh Khaled membuat lawatan khas selama empat hari ke Malaysia.

UAE ialah rakan dagang dan destinasi eksport kedua terbesar Malaysia, serta destinasi import kedua terbesar di rantau Asia Barat.

Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dan UAE meningkat 73.5 peratus kepada RM38.73 bilion daripada RM22.33 bilion tahun sebelumnya. - Bernama