Pura-pura sakit jantung elak bayar bil makanan

Suspek sering menjadikan restoran mewah untuk menjalankan aktiviti penipuannya. - Gambar hiasan
Suspek sering menjadikan restoran mewah untuk menjalankan aktiviti penipuannya. - Gambar hiasan
A
A
A

BARCELONA - Polis di wilayah Blanca, Sepanyol berjaya menahan seorang lelaki yang berpura-pura sakit jantung untuk mengelak daripada membayar bil makanan di beberapa restoran mewah dekat sini.

Foto lelaki berusia 50-an telah tersebar di beberapa restoran di wilayah tersebut dengan memberi amaran mengenai taktik penipuan liciknya itu.

Pemilik kedai berkata, suspek telah menipu lebih 20 restoran.

Bagaimanapun, dia berjaya ditangkap bulan lalu apabila seorang kakitangan salah sebuah restoran di hotel memberikan bil berjumlah AS$37 (RM176.40) kepadanya.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan cuba 'curi-curi' meninggalkan restoran tetapi dihalang kakitangan lain dan menyatakan dia perlu membayar bil makanan sebelum beredar dari premis terbabit.

Dia kemudian mencuba helah lain dengan menyatakan wang tertinggal dalam bilik dan hendak pergi mengambilnya.

Salah kakitangan yang tahu mengenai taktiknya tidak membenarkannya berbuat demikian.

Difahamkan, pada ketika inilah dia mula berlakon diserang penyakit jantung dengan harapan dapat melepaskan diri membayar bil tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Taktiknya sangat menjadi, dia pura-pura pengsan dengan merebahkan diri atas lantai.

"Kemudian tidak beberapa lama dia sedar kembali dan meminta pihak restoran menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital berdekatan," kata pengurus restoran tersebut.

Tambahnya lagi, mereka yang sudah tahu taktiknya terus menghubungi polis dan berjaya menahannya di lokasi kejadian,

Menurut polis, lelaki yang tidak didedahkan namanya sering menggunakan taktik sama apabila makan direstoran mewah.

Bagaimanapun, kali ini taktik makan diri apabila seluruh restoran di wilayah Blanca sudah bersepakat mengecamnya dan mengambil langkah berhati-hati apabila mengetahui dia memasuki restoran mereka. - Agensi

Agensi berita Sepanyol, EFE melaporkan semasa kejadian dia memakai seluar panjang kelabu, baju polo, kasut sukan dan jaket dari jenama terkenal.