MPT sedia hadkan penganjuran festival makanan

Penganjuran pelbagai festival makanan yang terlalu kerap sejak kebelakangan ini meresahkan peniaga-peniaga kecil di sini yang mendakwa hasil jualan mereka merudum.
Penganjuran pelbagai festival makanan yang terlalu kerap sejak kebelakangan ini meresahkan peniaga-peniaga kecil di sini yang mendakwa hasil jualan mereka merudum.
A
A
A

TEMERLOH - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) bersedia untuk mengehadkan penganjuran festival makanan susulan keluhan peniaga kecil di sini yang mendakwa jualan mereka merudum setiap kali festival itu dianjurkan.

Yang Dipertua MPT, Suris Mihat berkata, pihaknya tidak menafikan ada peniaga terkesan dengan penganjuran festival terbabit.

"Kita pertimbangkan dan akan hadkan penganjuran festival untuk beberapa bulan selepas ini.

"Kita boleh hadkan tetapi kena ambil pandangan beberapa pihak kerana penganjuran festival sebegini juga memberikan impak ekonomi pada Temerloh," kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN:Peniaga kecil dakwa festival makanan terlalu kerap jejas pendapatan

Beliau berkata sedemikian susulan laporan Sinar Harian pada Khamis mengenai keluhan peniaga-peniaga kecil sekitar Temerloh yang mendakwa kekerapan penganjuran festival di sini menjejaskan hasil jualan mereka.

Ujar Suris, sebagai contoh penganjuran Festival Makanan Siam berakhir pada Ahad lalu berjaya menjana hasil sebanyak RM600,000 sepanjang 11 hari penganjurannya yang memberi manfaat kepada peniaga dan penduduk di Temerloh sendiri.

"Antaranya hasil perbelanjaan peniaga yang datang dari luar menginap di homestay dan pembelian barang-barang mentah di sini.

Artikel Berkaitan:

"Ini menyumbang untuk sektor ekonomi Pahang secara am dan Temerloh khususnya," jelas beliau lagi.