Lapan wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

Pengamal media menyertai solat jenazah dua wartawan Palestin, Said al-Taweel dan Mohammed Sobboh yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza City. - AFP
Pengamal media menyertai solat jenazah dua wartawan Palestin, Said al-Taweel dan Mohammed Sobboh yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza City. - AFP
A
A
A

GAZA - Sekurang-kurangnya lapan wartawan terbunuh dan dua lagi hilang selepas serangan udara Israel ke atas Gaza, menurut pejabat akhbar Palestin pada Rabu, lapor agensi Anadolu.

Sementara itu, rumah tiga wartawan musnah dan sekurang-kurangnya 40 pejabat media dikatakan menjadi sasaran serangan udara.

Angka kematian rakyat Palestin di Gaza telah meningkat kepada 974 apabila tentera Israel menyerang ratusan sasaran di kawasan perumahan dan kawasan komersial, kata Kementerian Kesihatan pada Rabu.

Serangan itu juga mencederakan 5,000 orang.

Israel juga telah memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan itu.

Semenanjung Gaza yang mempunyai penduduk hampir 2.2 juta orang, bergolak ekoran pengepungan Israel sejak 2007. - Bernama.

Artikel Berkaitan: