Kelayakan Piala Dunia 2026: Malaysia tawar jadi tuan rumah kepada Palestin

Malaysia menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah bagi skuad bola sepak kebangsaan Palestin dalam mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada November depan.
Malaysia menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah bagi skuad bola sepak kebangsaan Palestin dalam mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada November depan.
A
A
A

MALAYSIA menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah bagi skuad bola sepak kebangsaan Palestin dalam mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada November depan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli mengumumkan perkembangan terkini itu dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman media sosial X pada Khamis.

“Kami telah menghubungi pihak Kedutaan Palestin pada petang tadi.

"Kami telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah untuk perlawanan membabitkan Palestin menentang Australia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras bulan depan,” tulis Adam.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini menolak permintaan Palestin untuk bermain perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Australia di Algeria atas sebab negara itu berada di lokasi benua yang berbeza.

Pada masa sama badan induk bola sepak Asia itu juga tidak dapat memastikan kemudahan yang terdapat di Algeria dan kesejahteraan para pemain.

Keputusan itu menyaksikan Persekutuan Bolasepak Palestin (PFA) perlu untuk menamakan lokasi berkecuali di Asia sebelum 25 Oktober.

Persekutuan Bolasepak Algeria (FAF) sebelum ini menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah semua perlawanan pasukan Palestin selain menanggung segala kos susulan perang di Gaza.

Artikel Berkaitan:

FAF juga dilaporkan bersetuju menyediakan venue perlawanan rasmi dan tak rasmi membabitkan pasukan Palestin bagi persiapan kempen Piala Asia 2023.

Selain Australia, Palestin juga diundi bersama Lebanon dan Bangladesh dalam Kumpulan I.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!