Jam matahari ciptaan PSMZA terima sijil MBOR

DUNGUN - Politeknik Sultan Zainal Abidin (PSMZA) berjaya mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) melalui pembinaan jam matahari pertama di politeknik di negara ini.
Unit Komunikasi Korporat PSMZA berkata, jam matahari tersebut ditempatkan di kawasan dataran PSMZA bagi kegunaan warga politeknik di samping mendidik pelajar untuk memahami kaedah pengiraan waktu zaman dahulu.
Menurutnya, jam matahari tersebut juga menjadi salah satu tarikan pengunjung dan pelawat di Politeknik PSMZA.
"Projek pembinaan jam matahari itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) melibatkan barisan pensyarah dan pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) PSMZA.