Penganggur ditahan curi beg pembantu pengandam pengantin

Suspek mencuri beg silang dan beg berisi komputer riba milik seorang lelaki di butik pengantin di sebuah pasar raya di sini sebelum melarikan diri menaiki motosikal, pada Isnin.
Suspek mencuri beg silang dan beg berisi komputer riba milik seorang lelaki di butik pengantin di sebuah pasar raya di sini sebelum melarikan diri menaiki motosikal, pada Isnin.
A
A
A

AMPANG - Seorang penganggur ditahan kerana disyaki mencuri beg silang dan beg berisi komputer riba milik seorang lelaki di butik pengantin di sebuah pasar raya di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu yang juga pembantu pengandam pengantin berusia 29 tahun menyedari dua beg miliknya hilang pada jam 5.30 petang.

"Kita berjaya memberkas seorang lelaki berusia 26 tahun di Desa Lembah Permai Ampang, pada Rabu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Azam berkata, polis turut merampas satu beg dan komputer riba milik pengadu, pakaian, kunci kereta dipercayai milik pengadu, dua alat kawalan jauh kenderaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai sembilan rekod lampau, saringan awal urin positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

"Suspek direman empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: