Silat cekak beri 'nafas baharu' kepada Muzium Kedah

Dari kiri, Maideen, Tunku Dr Fauzi dan Suhaidi bersama buku dan kajian sejarah silat cekak.
Dari kiri, Maideen, Tunku Dr Fauzi dan Suhaidi bersama buku dan kajian sejarah silat cekak.
A
A
A

ALOR SETAR - Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) akan memberikan 'nafas baharu' kepada Muzium Negeri Kedah dalam menarik kehadiran pengunjung tempatan dan asing melalui pameran sejarah dan pelbagai aktiviti menarik seni mempertahankan diri tersebut.

Guru Utama dan Presiden PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah berkata, pameran berkaitan seni silat cekak itu bakal dianjurkan dalam tempoh lima tahun bermula Januari 2024.

Menurutnya, persatuan itu juga turut terpanggil untuk bersama dalam perancangan 'The Greater Kedah' seperti yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah kerana seni silat itu turut berasal dari negeri ini.

"Pameran yang bakal diadakan itu adalah kali pertama dianjurkan dengan kerjasama pihak muzium Negeri Kedah dan bakal diperluaskan di seluruh negara dengan kerjasama muzium negeri lain jika mendapat sambutan yang baik.

"Ini bukanlah kerjasama kali pertama dengan Muzim Negeri Kedah kerana sebelum ini telahpun menyerahkan parang lading iaitu senjata rasmi silat cekak untuk dipamerkan di muzim ini," katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pameran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Muzium Negeri Kedah, dekat sini.

Hadir sama Timbalan Penaung PSSCM, Tunku Datuk Prof Sr Dr Fauzi Tunku Datuk Abdul Malek Al-Haj dan Pengarah Muzium Kedah, Suhaidi Shukri.

Tambah Maideen, dengan keahliaan yang ramai di seluruh negara, beliau percaya akan dapat membantu mempromosikan muzium yang ada di Kedah kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Maideen (depan kiri) dan Suhaidi (depan kanan) bersalaman selepas selepas majlis menandatangi persefahaman di Muzium Kedah pada Rabu.
Maideen (depan kiri) dan Suhaidi (depan kanan) bersalaman selepas selepas majlis menandatangi persefahaman di Muzium Kedah pada Rabu.

"Kami mempunyai 2,000 ahli aktif, 20,000 ahli berdaftar dan 200,000 ahli yang pernah bersama-sama PSSCM di seluruh negara sebelum ini.

"Mengikut sejarah, silat ini pernah diamalkan oleh panglima-panglima kanan kerajaan Kedah untuk menghadapi pencerobohan dari luar negeri pada zaman pemerintahan Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah," jelasnya bahawa sejarah tersebut sudahpun dilakukan kajian dan dibukukan.

Sementara itu, Suhaidi pula berkata, kerjasama strategik yang diadakan tersebut adalah salah satu usaha dilakukan oleh pihaknya untuk menarik lebih ramai pelancong melawat muzim-muzium yang terdapat di negeri kedah.

"Saya melihat silat salah satu seni yang perlu ditonjolkan selain mempunyai kaitan dengan sejarah negeri Kedah. Jadi pihak kami mengambil peuang ini untuk bekerjasama dengan PSSCM bagi mengadakan pameran di Muzim Kedah.

Ini juga salah satu usaha untuk menarik ramai pelancong tempatan dan asing selain untuk menyebarkan ilmu pengetahuan tentang seni silat cekak ini. Dalam pada itu ahli mereka juga ramai sekaligus dapat menarik kehadiran mereka ke muzium-muzium yang ada di negeri ini," ujar beliau.