Grab Malaysia naik taraf, perkenal ciri baharu bantu rakyat berjimat

Hassan Alsagoff
Hassan Alsagoff
A
A
A
GRAB Malaysia mengumumkan kelebihan terkini aplikasi syarikatnya yang sudah dinaik taraf serta ciri baharu yang bakal memberi manfaat besar kepada pengguna menerusi program #SaveWithGrab.

Ketua Pemasarannya, Hassan Alsagoff berkata, ia selaras dengan matlamat syarikat yang mahu memastikan rakyat Malaysia untuk terus menjimatkan wang dalam perbelanjaan harian.

"Grab Malaysia telah menaik taraf ciri sedia ada bagi memudahkan pengguna seperti penjimatan hantaran menerusi ‘Saver’, memperkenalkan kaedah pesanan secara kumpulan dan pemberian baucar ‘dine in’.

"Menerusi penjimatan penghantaran, pihak kami menawarkan caj yang lebih rendah di mana rekod antara Januari hingga Ogos 2023 rakyat Malaysia mencatatkan penjimatan sebanyak RM27 juta menerusi perkhidmatan ‘Saver’," katanya ketika sidang media 'Cara rakyat Malaysia boleh berjimat dengan Grab' pada Rabu.

Jelasnya lagi, pesanan berkumpulan boleh dilakukan menerusi perkongsian kod QR kepada rakan yang lain (oleh hos) seterusnya membuat pilihan makanan dan mereka semua boleh mengesan status pesanan menerusi aplikasi masing-masing.

“Dalam masa terdekat, kami akan memperkenalkan kaedah pengiraan bil pintar iaitu jumlah kos makanan yang dipesan setiap individu dalam kumpulan tersebut untuk dibayar kepada hos.

“Mereka mempunyai pilihan untuk membahagikan keseluruhan bil secara sama rata atau mengikut pesanan individu termasuk yuran penghantaran, cukai dan tips,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Poster iklan #SavewithGrab oleh Grab Malaysia.
Poster iklan #SavewithGrab oleh Grab Malaysia.

Tambah beliau, baucar ‘dine in’ boleh ditebus di restoran tertentu untuk membantu pengguna berjimat manakala penggunaan kaedah kad setem kesetiaan pelanggan adalah sebagai ganjaran kepada mereka yang setia menggunakan aplikasi GrabFood.

Sementara itu, Grab Malaysia juga menyediakan dua ciri baharu yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna menerusi aplikasinya iaitu kad setem kesetiaan pelanggan bermula bulan depan dan pelan langganan jangka panjang baharu menerusi GrabUnlimited pada Disember ini.

Katanya, baucar tersebut boleh ditebus di restoran tertentu untuk membantu pengguna berjimat manakala penggunaan kaedah kad setem kesetiaan pelanggan adalah sebagai ganjaran kepada mereka yang setia menggunakan aplikasi GrabFood.

“Tujuan kami adalah membantu rakyat Malaysia tidak kira di mana pun mereka berada dengan segala kaedah yang mampu kami lakukan.

“Justeru, kami memanfaatkan teknologi dengan melakukan penambahbaikan menerusi platform ini kerana ia juga membantu Grab Malaysia kekal relevan dalam keadaan ekonomi kini,” jelasnya.