Polis buka kertas inkuiri kes tular OKT dipukul

Laporan Sinar Harian Rabu lalu.
Laporan Sinar Harian Rabu lalu.
A
A
A

GOMBAK - Polis telah membuka kertas inkuiri (KEP) berkaitan dakwaan anggotanya mencederakan orang kena tahan (OKT) berkaitan kes dadah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti anggota yang didakwa terlibat.

"Kita telah buka kertas inkuiri polis dan kenal pasti individu yang terlibat untuk diambil tindakan.

“Kertas inkuiri ini penting sekiranya ada kesalahan yang berlaku dan mengesan individu yang terlibat,” katanya sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini, pada Rabu.

Hussein berkata, tindakan selanjutnya akan diputuskan selepas siasatan lengkap sama ada bagi menuduh atau mengambil tindakan disiplin.

Pada 11 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan OKT dipukul beberapa anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan yang dikesan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dilaporkan berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi, 2 Ogos 2022.

Menerusi video yang tular, seorang daripada dua individu yang disyaki anggota polis dilihat memijak lutut seorang lelaki dipercayai OKT manakala seorang lagi bertindak melibas tapak kaki OKT.

Artikel Berkaitan:

Kertas siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dibuka berhubung tangkapan berkenaan dan OKT itu juga sudah dituduh di Mahkamah Klang pada 8 Ogos 2022