Polis siasat dakwaan OKT kena pukul

Tular video seorang individu dipukul ketika ditahan beberapa anggota polis.
Tular video seorang individu dipukul ketika ditahan beberapa anggota polis.
A
A
A

KLANG - Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan orang kena tahan (OKT) dipukul ketika ditahan beberapa anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan yang dikesan tular menerusi media sosial pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10.30 pagi pada 2 Ogos 2022.

"Siasatan mendapati tangkapan melibatkan individu terbabit dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"OKT terbabit telah dituduh di Mahkamah Klang pada 8 Ogos 2022 di bawah seksyen yang sama," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, siasatan berkaitan penularan video terbabit akan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

"Polis memandang serius kes ini dan siasatan segera akan dijalankan berkaitan aduan salah laku sebagaimana yang dipaparkan.

"Polis juga sama sekali tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang didapati melanggar peraturan serta undang-undang ditetapkan," katanya.

Pada Isnin, tular video di media sosial berkaitan dakwaan seorang individu dipukul ketika ditahan beberapa anggota polis.

Artikel Berkaitan: