‘Maha kaya patut kongsi rezeki’ - Wong Chen

Wong Chen ketika menjadi panelis dalam Wacana Siri 417 yang bertajuk ‘Antara Harimau Asia dan nasib rakyat’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan secara langsung menerusi semua platform media sosial Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Wong Chen ketika menjadi panelis dalam Wacana Siri 417 yang bertajuk ‘Antara Harimau Asia dan nasib rakyat’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan secara langsung menerusi semua platform media sosial Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SHAH ALAM - Golongan maha kaya ataupun majikan perlu berkongsi rezeki kepada pekerja tempatan berbanding buruh asing bagi memastikan Dasar Gaji Progresif dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.

Ahli Parlimen Subang Jaya, Wong Chen berkata, walaupun jumlah subsidi pada 2023 dianggarkan berjumlah RM81 billion, namun perkara tersebut tidak memberi kesan terhadap golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, walaupun jumlah subsidi yang dibelanjakan adalah tinggi, namun ia masih tidak dapat membantu menyelesaikan masalah kos sara hidup.

“Kita mempunyai masalah apabila jumlah subsidi sebanyak RM81 bilion cukup besar namun harga barang tetap naik kerana kadar gaji masih lagi rendah.

“Majikan di negara ini lebih rela melabur untuk pekerja asing dan kita perlu menasihati mereka supaya memberi lebih banyak peluang kepada warga tempatan bekerja.

“Pihak korporat di Malaysia tidak mahu kongsikan keuntungan mereka. Jika pekerja yang bergaji rendah dinaikkan kadar bayaran sebanyak RM500, mereka tidak akan letakkan wang tersebut luar negara, sebaliknya mereka berbelanja dalam negara sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Siri 417 yang bertajuk ‘Antara Harimau Asia dan nasib rakyat’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan secara langsung menerusi semua platform media sosial Sinar Harian pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri: Ismail Adnan sebagai moderator manakala Pengarah Bowergroup Asia, Hafidzi Razali; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Azlan Awang sebagai panelis dalam Wacana Siri 417 yang bertajuk ‘Antara Harimau Asia dan nasib rakyat’
yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Dari kiri: Ismail Adnan sebagai moderator manakala Pengarah Bowergroup Asia, Hafidzi Razali; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Azlan Awang sebagai panelis dalam Wacana Siri 417 yang bertajuk ‘Antara Harimau Asia dan nasib rakyat’ yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Turut hadir Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Azlan Awang dan Pengarah Bowergroup Asia, Hafidzi Razali.

Mengulas lanjut, Chen berkata, bagi mencapai hasrat kerajaan berkaitan gaji progresif pihak Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Pangkalan Data Utama (Padu) sedang mengumpulkan data untuk melaksanakan hasrat tersebut menjelang 2024.

Ujarnya, perkara tersebut penting agar dapat meningkatkan kadar upah atau gaji yang lebih baik di peringkat nasional.

“Buat masa ini pihak Padu masih giat mengumpul data dan kesemua maklumat akan digabungkan bagi membentuk model Dasar Gaji Progresif.

“Kita jangkakan dalam bulan enam tahun depan Kementerian Ekonomi akan merangka jalan kerja secara berperingkat untuk memastikan hasrat tersebut mampu dicapai,” katanya.