4 maut, 5 cedera letupan di kilang sabun di Uttar Pradesh

Letupan berlaku di kawasan Lohia Nagar di daerah Meerut di Uttar Pradesh.
Letupan berlaku di kawasan Lohia Nagar di daerah Meerut di Uttar Pradesh.
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam dua letupan berturut-turut di sebuah kilang pembuatan sabun di Uttar Pradesh, di utara India pada Selasa, menurut pegawai.

Letupan berlaku di kawasan Lohia Nagar di daerah Meerut di Uttar Pradesh, lapor Xinhua.

Menurut pegawai, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada dandang yang mengandungi bahan kimia meletup. - Bernama

Artikel Berkaitan: