Tanah runtuh: Kenderaan awam dilarang naik ke Bukit Jugra

Gambar runtuhan tanah turut dikongsi di laman Facebook Majlis Perbandaran Hulu Langat
Gambar runtuhan tanah turut dikongsi di laman Facebook Majlis Perbandaran Hulu Langat
A
A
A

KUALA LANGAT - Pengguna jalan raya tidak dibenarkan memandu kenderaan naik ke Bukit Jugra, Kuala Langat berkuat kuasa pada Isnin hingga akhir tahun ini susulan tanah runtuh di kawasan lereng bukit.

Majlis Perbandaran Kuala Langat dalam satu kenyataan memaklumkan tempoh penutupan masuk bagi kenderaan awam adalah selama dua bulan.

“Berkuat kuasa 16 Oktober kerja pembaikian dan penyelenggaraan sedang dijalankan pihak Jabatan Kerja Raya, utamakan keselamatan,” menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di laman Facebooknya.

PBT itu turut mengingatkan pelawat yang melakukan aktiviti riadah di kawasan tersebut agar menjaga keselamatan dan mengelak menghampiri kawasan lereng bukit buat sementara waktu.

“Bagi aktiviti beriadah juga perlu diingatkan menjaga keselamatan dan jangan menghampiri kawasan lereng bukit buat sementara waktu,” katanya.

Bukit Jugra merupakan antara lokasi terkenal dengan aktiviti pendaratan luncur udara atau paragliding yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara ke Selangor.

Artikel Berkaitan: