Belanda hidupkan peluang ke Euro 2024

Van Dijk (kanan) meraikan jaringannya ketika menentang Greece pada Selasa. - Foto AFP
Van Dijk (kanan) meraikan jaringannya ketika menentang Greece pada Selasa. - Foto AFP
A
A
A

BELANDA kembali menghidupkan peluang untuk layak ke Euro 2024 selepas sepakan penalti Virgil van Dijk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Greece di Athens pada Selasa.

Belanda kini berada di tempat kedua dalam Kumpulan B di belakang Perancis yang sudah mengesahkan tempat ke Euro selepas menewaskan pasukan itu 2-1 pada Jumaat.

Walaupun berkongsi mata dengan Greece, Belanda mempunyai kelebihan rekod pertemuan selepas menewaskan juara euro 2004 di tempat sendiri dan di tempat lawan.

The Oranje perlu meraih keputusan positif apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Ireland pada 18 November dan kemudian bertandang ke pasukan tercorot, Gibraltar tiga hari kemudian.

Wout Weghorst gagal menyempurnakan penalti pada separuh masa pertama selepas diselamatkan penjaga gol Greece.

Belanda sekali lagi dianugerahkan sepakan penalti pada penghujung perlawanan apabila Denzel Dumfries dijatuhkan dalam kota penalti lawan.

Van Dijk tidak melakukan kesilapan serupa seperti dilakukan Weghorst apabila meledak penalti di penghujung perlawanan untuk meraih tiga mata berharga.

Pasukan Greece tidak berpuas hati dengan keputusan memberikan penalti itu kepada Belanda dan jurulatih mereka, Gus Poyet dibuang padang kerana memaki hamun pengadil.

Artikel Berkaitan: