Tiada bilik sangkar burung di Ipoh

Pendedahan Sinar Premium berkaitan bilik sewa 'sangkar burung' yang disiarkan pada Selasa. (Gambar kecil: Rumaizi)
Pendedahan Sinar Premium berkaitan bilik sewa 'sangkar burung' yang disiarkan pada Selasa. (Gambar kecil: Rumaizi)
A
A
A

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengesahkan tiada pengubahsuaian melampau dilakukan bagi menyediakan khidmat bilik sewa bersaiz 'sangkar burung' atau bilik liang lahad di sekitar bandar raya itu.

Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin berkata, semakan mendapati kes yang kesan melibatkan pengubahsuaian ruang yang dijadikan bilik untuk penginapan pekerja warga asing.

"Semakan kita tiada bilik sewa seperti yang dibangkitkan media di Ipoh hanya melibatkan bilik yang diubah suai dan jumlahnya tidak besar hampir dua peratus sahaja.

"Ia melibatkan kawasan tengah bandar raya dan Meru Raya. Bagaimanapun, pemantauan berkala sentiasa dilakukan," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Anugerah Restoran dan Kafe Terbersih dam kawasan pentadbiran MBI dan penyerahan sijil gred A sempena sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia tahun 2023 di MBI pada Isnin.

Menurut Rumaizi, tindakan undang-undang akan diambil terhadap premis yang dikesan melakukan pengubahsuaian haram.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan wujud fenomena bilik sewa kapsul yang sempit seperti sangkar burung yang memuatkan sebuah tilam dengan kadar sewa RM300 sebulan menerusi tinjauan di Lembah Klang, Selangor.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis yang menyediakan bilik sempit hingga mengundang risiko kesihatan mental dan keselamatan jika berlaku kebakaran.

Artikel Berkaitan:

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 79, Akta Parit, Parit dan Bangunan 1975.