Pesawat TUDM mendarat cemas, semua anak kapal selamat

TUDM mengesahkan bahawa sebuah pesawat miliknya terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Isnin. - Foto Bahagian Perhubungan Awam TUDM
TUDM mengesahkan bahawa sebuah pesawat miliknya terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Isnin. - Foto Bahagian Perhubungan Awam TUDM
A
A
A

SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan bahawa sebuah pesawat miliknya terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Isnin. TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, pesawat jenis Beechcraft B 200T melaksanakan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, dekat sini pada jam lebih kurang jam 1 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, pesawat No 16 Skuadron tersebut membawa empat anak kapal yang sedang melaksanakan latihan penerbangan. Kenyataan itu turut memaklumkan, pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 11.27 pagi.

"Semua anak kapal yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. "TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian," kata kenyataan itu pada Isnin.

Artikel Berkaitan: