Pesawat terpaksa mendarat selepas penumpang meninggal dunia

Pesawat itu singgah di lapangan terbang di Palma untuk menurunkan penumpang berkenaan.
Pesawat itu singgah di lapangan terbang di Palma untuk menurunkan penumpang berkenaan.
A
A
A

PALMA DE MALLORCA - Sebuah pesawat dari syarikat sewa Mesir AMC Airlines terpaksa melakukan pendaratan tidak dirancang di sini pada Isnin, kerana kecemasan perubatan.

Seorang penumpang meninggal dunia di dalam pesawat semasa dalam penerbangan dari Mesir ke Sepanyol, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pesawat itu singgah di lapangan terbang di Palma untuk menurunkan penumpang berkenaan, kata pihak berkuasa. Pengendali lapangan terbang Sepanyol Aena mengesahkan maklumat itu.

Pesawat Boeing 737 itu dalam perjalanan dari Kaherah ke Madrid apabila seorang lelaki Portugal berusia 67 tahun meninggal dunia di dalam pesawat atas sebab yang tidak diketahui, menurut laporan media tempatan.

Penumpang yang lain dibenarkan menaiki semula pesawat dan meneruskan perjalanan ke Madrid, menurut Aena.

Bedah siasat akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian lelaki itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: