Lang Merah pilih Kemboja asah kuku

Kpah Sherman (tengah) menjaringkan dua gol semasa membantu Kedah menjinakkan Piala Presiden Kedah 5-0 di Alor Setar Jumaat lalu. - Foto KFA
Kpah Sherman (tengah) menjaringkan dua gol semasa membantu Kedah menjinakkan Piala Presiden Kedah 5-0 di Alor Setar Jumaat lalu. - Foto KFA
A
A
A

LANG Merah bakal mengasah kukunya di Kemboja bertemu beberapa kelab di sana dalam masa terdekat bagi persiapan pra musim Liga Malaysia dan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, pemilihan lokasi persiapan di negara itu adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi persefahaman di dalam pasukan terutamanya pemain-pemain baharu.

Menurutnya, Kedah sudah memulakan latihan rasmi pada awal Disember lalu dan menjalani perlawanan persahabatan dalaman dengan menjinakkan pasukan Piala Presiden Kedah 5-0 pada Jumaat lalu.

"Beberapa perlawanan pramusim 2020 sudahpun diatur dan Kedah akan berkunjung ke Kemboja bagi aksi perlawanan pramusim di sana.

"Pemilihan tempat perlawanan pramusim ini dilakukan sebagai salah satu persiapan dan usaha KFA untuk mempersiapkan Lang Merah bagi menghadapi musim 2020 termasuk kelayakan ACL 2020," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persiapan pasukan Liga Super Kedah bagi musim 2020 selepas merasmikan Pembukaan Sidang Dun Belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Wisma Darul Aman hari ini.

Mohd Asmirul (kiri) merasmikan Pembukaan Sidang Dun Belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Wisma Darul Aman hari ini.
Mohd Asmirul (kiri) merasmikan Pembukaan Sidang Dun Belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Wisma Darul Aman hari ini.

Kedah dijadualkan bertemu Juara Liga Premier Hong Kong, Tai Po FC pada 21 Januari depan bagi aksi kelayakan ACL 2020 di Stadium Darul Aman.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohd Asmirul yang juga Exco Belia dan Sukan Kedah berkata, Sidang DUN Belia Peringkat Kedah menjadi platform terbaik kepada pemimpin belia yang terpilih untuk merasai pengalaman berbahas di Dewan DUN.

Menurutnya, program tersebut mendapat kerjasama baik daripada kerajaan dan pihak pembangkang yang turut memberikan sokongan penuh.

"Kami rasa program ini perlu diteruskan setiap tahun bermula tahun 2019. Belia mempunyai peluang untuk membahas tentang ekonomi dan pendidikan.

"Mereka juga akan dapat merasai pengalaman bagaimana undang- undang dibuat ataupun dipinda di dewan yang mulia ini," katanya.