Segamat masih terjejas banjir

Sebuah keluarga diarahkan berpindah selepas rumah mereka dinaiki air- Ihsan JBPM
Sebuah keluarga diarahkan berpindah selepas rumah mereka dinaiki air- Ihsan JBPM
A
A
A

JOHOR BAHRU- Hanya berbaki satu daerah sahaja iaitu Segamat yang masih mempunyai pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan seramai 436 mangsa banjir setakat tengah hari hari ini.

Keadaan itu memberi gambaran banjir yang melanda negeri Johor sejak seminggu lalu semakin pulih.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, mangsa banjir di Segamat kini ditempatkan di sembilan PPS.

Katanya, 99 PPS di seluruh Johor yang dibuka sebelum ini telah ditutup secara berperingkat sejak 16 Disember lalu.

"Sembilan PPS yang masih dibuka di Segamat ialah Balai Raya Gemereh III, Balai Raya Gemereh IV, Kompleks Penghulu Pogoh, Sekolah Kebangsaan ( SK) Spang Loi, Dewan Kampung Tandong Buluh Kasap, Sekolah Agama Kuala Paya, Sekolah Agama Buluh Kasap, Balai Raya Kampung Bukit Tunggal dan Balai Raya Kampung Sanglang," katanya

Artikel Berkaitan: