Dong Zong perlu diharamkan: Najmil

Dong Zong (Gambar kecil: Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris)
Dong Zong (Gambar kecil: Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu diharamkan kerana hanya mahir mencetuskan konflik dan sikap radikal mereka menjadi punca kepada perpecahan etnik.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, terbaharu pertubuhan itu tetap berkeras mahu mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember depan untuk membantah penerapan pengenalan tulisan Jawi dalam subjek teras iaitu bahasa Melayu sekolah vernakular.

Menurutnya, walaupun telah diberi amaran oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dong Zong tetap dengan pendirian mereka.

"Ia jelas menunjukkan Dong Zong adalah pertubuhan yang rasis dan anti nasional kerana tidak mahu menerima kepelbagaian kaum lain sebagai salah satu bentuk perpaduan.

"Dong Zong juga tidak mempunyai sikap toleransi antara kaum di mana orang Melayu telah banyak bertolak ansur terhadap kaum lain misalnya menerima budaya, warisan serta kepentingan kaum lain demi mencapai kemerdekaan dan untuk hidup bernegara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najmil berkata, Dong Zong perlu berhenti mencetus provokasi yang mampu menjejaskan keharmonian kaum.

Katanya, mereka juga perlu belajar bertoleransi dan menerima kepelbagaian kaum di Malaysia selain menghormati status quo orang Melayu seperti yang dipersetujui dalam kontrak sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua pihak perlu jaga sensitiviti kaum: Dr Mahathir

Artikel Berkaitan: