Anggota, pegawai JPJ perlu cergas ketika bertugas

Ahmad Kamarunzaman (depan) ketika merasmikan Hari Sukan Negara peringkat jabatan itu di Dataran JPJ Selangor, Padang Jawa di Shah Alam pada Ahad.
Ahmad Kamarunzaman (depan) ketika merasmikan Hari Sukan Negara peringkat jabatan itu di Dataran JPJ Selangor, Padang Jawa di Shah Alam pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Kecergasan dan stamina sentiasa berada pada tahap tertinggi merupakan antara keutamaan buat lebih 200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menyertai pelbagai acara sempena Hari Sukan Negara di sini pada Ahad.

Penganjuran buat julung kalinya ini turut sama melibatkan ahli keluarga anggota serta pegawai JPJ Selangor bertempat di Dataran JPJ Selangor, Padang Jawa.

Timbalan Pengarah JPJ negeri, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, penganjuran Hari Sukan Negara merupakan antara medium terbaik untuk memastikan para anggota dan pegawai JPJ sentiasa sihat.

"Tugas sebagai penguat kuasa JPJ ini memerlukan tahap kesihatan yang baik selain stamina tinggi untuk memastikan setiap tugas yang dijalankan berjalan dengan lancar.

"Penekanan melibatkan aspek gaya hidup sihat selain sentiasa melakukan aktiviti menyihatkan antara galakan yang sentiasa diterapkan dalam diri setiap anggota dan pegawai," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Antara peserta yang terlibat dalam Hari Sukan Negara peringkat jabatan itu di Dataran JPJ Selangor, Padang Jawa di sini pada Ahad.
Antara peserta yang terlibat dalam Hari Sukan Negara peringkat jabatan itu di Dataran JPJ Selangor, Padang Jawa di sini pada Ahad.

Katanya, pengisian Hari Sukan ini turut sama melibatkan penyertaan ahli keluarga JPJ yang bersama memeriahkan program ini.

"Antara aktiviti dijalankan adalah senamrobik, berjalan 10,000 langkah, jaring bola sepak dan bola jaring serta pecahkan belon.

Artikel Berkaitan:

"Biarpun dalam kesibukan menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab diberi, namun masa sama anggota dan pegawai JPJ turut berpeluang melakukan aktiviti bersama keluarga menerusi penganjuran Hari Sukan Negara ini," katanya.