Hospital Sultanah Nora Ismail kesan waris mangsa kemalangan

Lelaki ini dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail pada 17 September lalu akibat kemalangan jalan raya.
Lelaki ini dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail pada 17 September lalu akibat kemalangan jalan raya.
A
A
A

BATU PAHAT - Pihak Hospital Sultanah Nora Ismail di sini, mengesan waris seorang pesakit lelaki yang ditempatkan di wad pembedahan.

Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan), hospital berkenaan, Nasraha@Nadua Sami’an berkata, pesakit berkenaan telah berada di hospital itu sejak 17 September lalu akibat kemalangan jalan raya.

Menurutnya, sehingga kini pihak hospital tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pesakit berkenaan dan perkara itu memberikan kesukaran untuk mengesan waris atau keluarga terdekat.

“Sejak dimasukkan ke hospital ini, tidak ada sesiapa pun yang datang melawat pesakit berkenaan.

“Ketika ini, keadaan pesakit yang dianggarkan berusia 66 tahun itu dilihat semakin baik walaupun akibat kemalangan tersebut dia didiagnos mengalami pendarahan otak selain patah tulang leher dan patah tulang bahu.

“Pesakit juga telah melalui pembedahan yang dilakukan di Hospital Sultanah Aminah sebelum dihantar semula ke hospital ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Untuk rekod, lelaki berkenaan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 17 September lalu di Jalan Sultan Abu Bakar di sini sebelum dikejarkan ke hospital.

Waris atau keluarga terdekat pesakit ini boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Hospital Sultanah Nora Ismail di talian 07-4363000 sambungan 4255 (unit keselamatan) atau 07-4363013 bagi proses pengurusan pesakit berkenaan.

Artikel Berkaitan: